Menara Umno – Seorang lagi mangsa dipercayai maut

Sabtu, 28 Desember 2013 0 komentar

MenaraUmnoSeorang lelaki dipercayai mati apabila terbenam bersama keretanya dihempap runtuhan konkrit rod penebat kilat dipercayai seberat kira-kira 50 tan di Jalan Macalister, di sini, dalam insiden Khamis lalu.

Pada masa ini, usaha mengeluarkan kereta dan mangsa sedang giat dijalankan oleh anggota bomba.
Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian ribut yang melanda sebahagian besar Pulau Pinang itu, seorang kelindan lori membawa muatan tong gas maut manakala enam cedera dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu.

Mangsa, Jahir Hussain Sulaiman, 46, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam pada hari kejadian selepas menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP). – BeritaHarian

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Bodor = Lawak