Kesihatan Carpal Tunnel Syndrome dan Cara Pencegahannya

Senin, 16 Desember 2013 0 komentar















Salam sejahtera kepada fans Belogfadah. Hari ini Fadah nak share tentang info kesihatan berkaitan tentang penggunaan komputer. Fadah percaya mesti ramai nak mengetahuinya kerana ramai yang pakai komputer mahupun laptop. Jom kita baca:-


Carpal Tunnel Syndrome adalah penyakit yang terjadi pada pergelangan tangan serta jari yang disebabkan oleh tekanan yang sering terjadi pada bahagian tersebut. Dan biasanya disebabkan keyboard dan mouse.

Tanda-tandanya antara lain seperti sering rasa sengal pada pergelangan tangan dan juga jari tangan, terutama pada bahagian ibu jari, telunjuk dan jari tengah.

Wanita mempunyai risiko 3 kali lebih mudah untuk terkena Carpal Tunnel Syndrome.


Penyakit ini boleh mengakibatkan putusnya sendi pergelangan tangan sehingga tangan tidak dapat berfungsi bahkan mungkin tidak dapat digerakkan sama sekali.


Cara Pencegahannya ialah dengan:-

1. Jarak Pandangan antara mata dengan komputer minima 60 cm

2. Pandangan antara mata ke monitor harus mengarah sedikit ke bawah atau sekitar 5-15° lebih rendah dari posisi horizontal pandangan mata

3. Elakkan pantulan lampu atau cahaya yang masuk ke monitor

4. Posisi tangan di atas keyboard harus membentuk sudut 90 darjah

5. Kerusi anda dan posisi tangan biarlah selari dengan meja ketika anda menggunakan keyboard

6. Jangan menggunakan komputer (lebih dari 2 jam), berdiri, sedikit strecthing dan berjalanlah sebentar (1 minit) secara periodik sebelum mengadap pc semula.

7. Gunakan pelapik mouse dan keyboard untuk keselesaan anda

8. Gunakan pelapik kaki bila diperlukan

9. Gunakan kerusi yang dapat menyokong posisi punggung anda.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 Bodor = Lawak